Skima Ethernet adalah Carrirer Sense Multiple Access with Collision Detection(CSMA/CD). CSMA bermaksud banyak mesin mempuyai akses terhadap Ethernet pada masa yang sama.
Semua mesin menentukan network dalam state idle dengan mengecam(sense) tiada gelombang pada carrier(utp cable)
Andaikan pc A ingin menghantar isyarat(frame) pada pc B yang bersambung menggunakan hub.
langkah 1-
Sebelum menghantar sebarang isyarat, network kad pc A perlu sensor carrier(dlm kes biasa adalah utp cable) dan memastikan tiada sebarang message sedang ditransmit (proses carrier sense).
langkah-2
Setelah confirm network idle, baru message dihantar. Setiap transmisi hanya guna masa yg sebentar(kerana setiap frame ada saiz maksimum).
Semasa penghantaran, signal tidak sampai ke semua nod(NIC pc) serentak. Ini adalah kerana kelajuan signal tersebut adalah lebih kurang 70% dari laju cahaya. Jadi mungkin terdapat pc yang terima agak lambat. Kesan dari ini, berlaku kemungkinan terdapat pc C yg cuba menghantar isyarat serentak dgn pc A. Kejadian ini dinamakan collision.
Setiap nic pada pc, selain bertanggungjawab menghantar signal, ia juga perlu mengesan samada berlaku collision. Jika ini berlaku, nic akan menghentikan penghantaran signal serta merta, menunggu pada satu kadar masa tertentu(rawak) sebelum memulakan langkah 1 kembali.
Jika terdapat 24 host pada LAN yang disambungkan pada 1 hub, masa mendapatkan giliran untuk hantar signal akan dibahagi kepada 24. Ini kerana dalam satu-satu masa, hanya 1 nic boleh hantar signal. Kemungkinan berlaku pelanggaran(collision) adalah agak tinggi.
Andaikan anda ingin menambah pc pada LAN.
Jika anda menggunakan 2 hub untuk menambahkan bilangan pc dalam LAN.
(hub 1
- 23 port utp bersambung dengan 23 pc
- 1 port utp bersambung dengan hub2
hub 2-
- 23 port bersambung dengan 23 pc yg lain)
-kemungkinan berlaku pelanggaran adalah semakin tinggi.
-jarak laluan signal bertambah
- masa pembahagian penggunaan ethernet di bahagi kepada 46. (Sebelum pc A hantar signal, ia perlu pastikan kesemua 45 pc yg lain tidak menghantar signal)
Dlm keadaan ini adalah amat sesuai di letakkan bridge diantara hub 1 dan hub 2. Dengan pemasangan ini collision pada network hub 1 tidak akan beri kesan pada network hub 2, kerana bridge hanya akan forwardkan frame yang telah selesai diterima.(Bridge tidak akan forwardkan noise, errors atau frame yang rosak pada segmen yang lain)
Bridge akan memisahkan LAN kepada 2 segmen. Ini bermaksud jika pc A hendak hantar signal, ia hanya perlu pastikan 23 pc lain(yg bersambung pada hub 1) dan brige(E1/port 1) tidak menghantar sebarang signal. Pada masa yg sama jika terdapat host pada hub 2 yang ingin menghantar signal, ianya dibolehkan.
Selain itu bridge juga boleh bertindak bijak dengan menentukan frame mana yang perlu diforward ke segmen sebelah. Bila frame tiba dari Ethernet E1(port 1) ia(bridge) akan simpan maklumat alamat sumber frame dalam jadual E1. Dan bila frame tiba di E2, ia akan simpan alamat sumber di jadual E2. Berdasarkan maklumat dalam jadual ini, bridge boleh buat keputusan samada frame perlu di forward ke segmen sebelah atau tidak.
Bridge biasanya digunakan untuk menyambungkan 2 Ethernet(LAN).
Switched pula mempunyai persamaan dengan Bridge, cuma ianya mempunyai lebih dari satu port. Oleh itu switch boleh sambungkan lebih dari 2 ethernet. Pada masa kini jarang orang yang gunakan bridge kerana switch sudah boleh didapati pada harga yang rendah.
Sebelum ini saya kurang jelas apa beza bridge dan switch, dan kini setelah baca buku internetworking with TCP/IP oleh douglas E comer, barulah faham. Mana tau, mungkin ada rakan lain diluar sana yang sebelum ini sama seperti saya, masa belajar dulu, tidak jelas antara hub, bridge dan switch, harap-harap maklumat ini memberi kefahaman dan manfaat kepada kita.
Majulah IT untuk rakyat malaysia :).
written by cperdana
Recent Comments