2009
06.18


Akhirnya saya mendapat peluang untuk memblog mengenai acara MSC OSS Conference 2009.

Tahniah kepada semua yang terlibat: penganjur, penceramah, peserta, sukarelawan, penyedia makanan dan lain-lain, . Walaupun saya sempat singgah buat beberapa ketika, nampaknya semua berjalan dengan lancar. Kali ni, geng-geng 3boss sertai conference ni atas tiket  organisasi tempat bekerja masing-masing :-)

Nostalgia

Seingat saya, Conference open source di Malaysia yang saya sertai buat kali pertama (sebagai penceramah bebas) adalah National Open Source Conference and Exhibition pada tahun 2002 anjuran UPSI & Mimos. Di persidangan ini saya jumpa Shaiful Jahari setelah lama hampir 7-8 tahun tak jumpa. Saya masih ingat En. Azuddin (HUSM) yang menggunakan Koffice di atas Slackware ketika itu.

Banner si Penguin

Kemudian pada tahun berikutnya ( Disember 2003), di Open Source @ Schools. Saya berjumpa saudara Sebol dan Colin Charles buat kali pertama di seminar ini.  Dalam bulan Ogos tahun yang sama Mimos menganjurkan Free and Open Source Conference 2003 (fosscon 2003). Malangnya pada hari yang sama salah seorang anak kembar kami meninggal dunia pada hari yang sama. Saya ingat lagi sehari sebelum Fosscon 2003, saya dan saudara Najmi pergi ke Sheraton. 

Si PenguinPada tahun 2004, seingat saya tiada seminar atau persidangan open source yang saya hadiri melainkan KICT Open Source Day 2004 di Universiti Islam Antarabangsa. Saya berkesempatan memberi ceramah tentang penggunaan Linux dalam aktiviti pembelajaran seharian. Kemudian saya  sempat menjadi bidan terjun untuk sesi ‘Membangunkan Aplikasi Web di atas Linux’. Shakir, y0muds (pada ketika itu masih belajar) pun sempat mengendalikan ‘live demo’ pada sesi keselamatan Shaiful Jahari. Mana agaknya pergi pelajar-pelajar KICT, IIUM yang menganjurkan Open Source Day 2004 :-)

Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang saya dan kawan-kawan terlibat antara 2005 hingga sekarang.   Apa yang saya perhatikan di acara-acara open source sebelum ini ialah sikap positif dan tidak ‘poyo’ kalangan mereka yang suka berkongsi pengalaman, masa, tenaga serta membantu orang lain dalam memperkenalkan open source kepada masyarakat.  Semoga Tuhan membalas jasa anda semua!

Majulah sumber terbuka untuk Malaysia :-P

 

2 comments so far

Add Your Comment
  1. the first time we met was in january 2006 during cms workshop for manager in terengganu. :)

  2. “Apa yang saya perhatikan di acara-acara open source sebelum ini ialah sikap positif dan tidak ‘poyo’ kalangan mereka”

    hihihi ;-)