Jan 27

 Saya mengambil peluang ini untuk menjadi pemblog pertama dari kalangan ahli seumur hidup 3boss bagi tahun 2008/Hijrah 1429. 

w00t! Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Salaam maal hijrah!

written by adli

Dec 30

Semasa berada di Indonesia baru-baru ini saya sempat membeli majalah INFO Linux. Majalah yang ditulis dalam Bahasa Indonesia ini berharganya 30,000 Rupiah (lebih kurang 14-15 RM?) dan isi kandungannya memang menarik dan padat. Selain artikel mengenai perisian sumber terbuka, terdapat temuramah serta promosi aktiviti komuniti open source di Indonesia. Memang happening!

Saya juga berkesempatan berjumpa (dan makan-makan) dengan para blogger dari planet.indocisc.com yang juga merupakan penggiat/aktivis dan pengguna open source software.

Kalau ada sesiapa yang hendak ke sana mungkin boleh saya kirim.

written by adli

Dec 16

Actually, no, please  don’t steal it. It took me a while to actually ‘get it’ when it comes to layers (in Gimp) :-P

Beberapa minggu lepas isteri saya meminta saya menyiapkan image (diatas) untuk dijadikan banner yang akan digantung berdekatan tadikanya. Selepas siap dan digantung saya diberitahu beberapa hari kemudian banner tersebut telah dikebas orang! Kata orang banner besar-besar ini memang sesuai untuk melindungi motor dari hujan/panas/embun.

Walaupun banner tersebut nampak ’simple’, namun masa yang dihabiskan banyak juga memandang saya bukanlah orang yang artistik! Apapun nasib baik ada GIMP , tak perlulah ‘SME’ atau small medium enterprise isteri saya menggunakan perisian cetak rompak Photoshop.

Orang di kedai banner pun baru pertama kali dengar tentang GIMP. Promote, jangan tak promote.

 

written by adli

Dec 16

12 December 2007

Pada malam 12/12 saya dan sudah tentu isteri kesayangan telah memasuki labor room. Hampir 3 jam kemudiannya kira-kira jam 10:52pm (jam dinding pastinya tidak sync dengan ntp server!) Isteri saya berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Memang menakjubkan, sungguh ajaib! Tuhan memang Maha Hebat!

Alhamdulillah, bayi (yang belum ada nama rasmi) dan isteri saya sihat. Semoga Isteri saya cepat pulih seperti sediakala. Terima kasih juga Ibu yang pastinya bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan kita. Jangan jadi anak derhaka!

Now, we have another BSD/Linux Chix :-)

written by adli

Dec 11

We managed to have a good (half) day at Sepang International Kart Circuit last Sunday.

Apart from having fun, we’re also preparing for the upcoming round of Formula Plus Interclub Go-Kart Championship.

Happy karting 3boss :D

written by shakir \\ tags: ,

Nov 30

Jangan panik jika ini berlaku kepada anda (terutamanya jika ia berlaku 5 minit sebelum sesi pembentangan. Oops, aiseyman!

oops

 

 

Yang di atas berlaku apabila saya cuba suspend ke disk sebelum pulang ke rumah. Nasib baik. Semua mungkin sudah sedia maklum yang project software suspend di suspend2.net sudah bertukar kepada TuxOnIce. Apa pun setelah mengenakan patch-2.6.23.9 dan tuxonice-3.0-rc3 semua kembali ok. Lega!

adli@an-nahl:~$ uname -a           
Linux an-nahl 2.6.23.9-adli #3 PREEMPT Fri Nov 30 22:52:01 MYT 2007 i686 GNU/Linux

* Pengguna Linux yang normal mungkin tidak perlu buang masa mengkompil kernel sendiri :-)

 

 

written by adli

Nov 30

Saya membuat keputusan untuk menyahut pelawaan saudara Irwan dan menukar windows manager dari Fluxbox ke Enlightenment. Memang tiada sebab tertentu selain gatal tangan hendak mencubanya. Fluxbox memang hebat dan tetap dihatiku haha.

 

DR17 memang tiada dalam repository rasmit Debian akan tetapi anda boleh mendapatkannya di http://xsm.alphagemini.org/E17/repository/

Alang-alang bertukar ke Enlightenment saya turut menggantikan xdm dengan entranced.

Pada awalnya saya menghadapi masalah untuk mengubah setting dpi untuk xserver (xorg) tetapi akhirnya mendapati bahawa parameter untuk mejalankan X boleh dilakukan dengan arahan entrance_edit  . entrance_edit init akan mengubah file /etc/entrance_config.cfg . Berikut adalah arahan yang lengkap.

sudo entrance_edit --xserver "/usr/bin/X -dpi 75 -quite -nolisten tcp vt7"

English translation of the above:

I decided to switch to Enlightmentment. Thank you Fluxbox (the community and developers of course)!  I also decided to ditch xdm and use the Entranced login manager.

 

 

written by adli

Nov 22

Video di Youtube saya yang pertama! Itupun selepas berhempas pulas dengan OpenObex/ObexFTP.

Abdullah Jihad pun pengguna GNU Linux (sekarang Debian) sejak kecil. Kalau tak percaya tanya Irwan.:)

written by adli

Oct 24

(belated) Selamat Hari Raya from 3b055 :-)

written by adli

Jul 24

Skima Ethernet adalah Carrirer Sense Multiple Access with Collision Detection(CSMA/CD). CSMA bermaksud banyak mesin mempuyai akses terhadap Ethernet pada masa yang sama.

Semua mesin menentukan network dalam state idle dengan mengecam(sense) tiada gelombang pada carrier(utp cable)

Andaikan pc A ingin menghantar isyarat(frame) pada pc B yang bersambung menggunakan hub.
langkah 1-
Sebelum menghantar sebarang isyarat, network kad pc A perlu sensor carrier(dlm kes biasa adalah utp cable) dan memastikan tiada sebarang message sedang ditransmit (proses carrier sense).

langkah-2
Setelah confirm network idle, baru message dihantar. Setiap transmisi hanya guna masa yg sebentar(kerana setiap frame ada saiz maksimum).

Semasa penghantaran, signal tidak sampai ke semua nod(NIC pc) serentak. Ini adalah kerana kelajuan signal tersebut adalah lebih kurang 70% dari laju cahaya. Jadi mungkin terdapat pc yang terima agak lambat. Kesan dari ini, berlaku kemungkinan terdapat pc C yg cuba menghantar isyarat serentak dgn pc A. Kejadian ini dinamakan collision.

Setiap nic pada pc, selain bertanggungjawab menghantar signal, ia juga perlu mengesan samada berlaku collision. Jika ini berlaku, nic akan menghentikan penghantaran signal serta merta, menunggu pada satu kadar masa tertentu(rawak) sebelum memulakan langkah 1 kembali.

Jika terdapat 24 host pada LAN yang disambungkan pada 1 hub, masa mendapatkan giliran untuk hantar signal akan dibahagi kepada 24. Ini kerana dalam satu-satu masa, hanya 1 nic boleh hantar signal. Kemungkinan berlaku pelanggaran(collision) adalah agak tinggi.

Andaikan anda ingin menambah pc pada LAN.
Jika anda menggunakan 2 hub untuk menambahkan bilangan pc dalam LAN.

(hub 1

  • 23 port utp bersambung dengan 23 pc
  • 1 port utp bersambung dengan hub2

hub 2-

  • 23 port bersambung dengan 23 pc yg lain)

-kemungkinan berlaku pelanggaran adalah semakin tinggi.
-jarak laluan signal bertambah
- masa pembahagian penggunaan ethernet di bahagi kepada 46. (Sebelum pc A hantar signal, ia perlu pastikan kesemua 45 pc yg lain tidak menghantar signal)

Dlm keadaan ini adalah amat sesuai di letakkan bridge diantara hub 1 dan hub 2. Dengan pemasangan ini collision pada network hub 1 tidak akan beri kesan pada network hub 2, kerana bridge hanya akan forwardkan frame yang telah selesai diterima.(Bridge tidak akan forwardkan noise, errors atau frame yang rosak pada segmen yang lain)

Bridge akan memisahkan LAN kepada 2 segmen. Ini bermaksud jika pc A hendak hantar signal, ia hanya perlu pastikan 23 pc lain(yg bersambung pada hub 1) dan brige(E1/port 1) tidak menghantar sebarang signal. Pada masa yg sama jika terdapat host pada hub 2 yang ingin menghantar signal, ianya dibolehkan.

Selain itu bridge juga boleh bertindak bijak dengan menentukan frame mana yang perlu diforward ke segmen sebelah. Bila frame tiba dari Ethernet E1(port 1) ia(bridge) akan simpan maklumat alamat sumber frame dalam jadual E1. Dan bila frame tiba di E2, ia akan simpan alamat sumber di jadual E2. Berdasarkan maklumat dalam jadual ini, bridge boleh buat keputusan samada frame perlu di forward ke segmen sebelah atau tidak.

Bridge biasanya digunakan untuk menyambungkan 2 Ethernet(LAN).

Switched pula mempunyai persamaan dengan Bridge, cuma ianya mempunyai lebih dari satu port. Oleh itu switch boleh sambungkan lebih dari 2 ethernet. Pada masa kini jarang orang yang gunakan bridge kerana switch sudah boleh didapati pada harga yang rendah.

Sebelum ini saya kurang jelas apa beza bridge dan switch, dan kini setelah baca buku internetworking with TCP/IP oleh douglas E comer, barulah faham. Mana tau, mungkin ada rakan lain diluar sana yang sebelum ini sama seperti saya, masa belajar dulu, tidak jelas antara hub, bridge dan switch, harap-harap maklumat ini memberi kefahaman dan manfaat kepada kita.
Majulah IT untuk rakyat malaysia :).

written by cperdana

my pass